Maahad
Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan merupakan sekolah berasrama diasaskan oleh Ustaz
Ishak Bin Abdul Rahim dan sahabat - sahabat beliau yang mempunyai kemahiran
dalam memberi semangat dan bijak memberi dorongan motivasi kepada para pelajar
dan ibubapa serta mampu melahirkan modal insan yang unggul dan
berwawasan.perkembangan mula beroperasi tahun 2010 dan telah mendapat
pengiktirafan berdaftar dibawah jabatan jais.Maahad ini telah mula beroperasi
di taman alam jaya, puncak alam.
Permulaannya bermula secara kecil-kecilan
dengan sekelompok kumpulan pelajar yang kecil lebih kurang 30 hingga 40 pelajar
dan berpindah ke bangunan baru di Kapar Klang pada 5 Januari 2014. Beroperasi
selama empat tahun dengan kebenaran pendaftaran sementara sewaktu di puncak alam.
Nama maahad ini diberi oleh AL HABIB MUHAMMAD BIN SOLEH AL ATHAS, MURSHID
RIBAT AL FATAH di Huraidhoh Yaman.
![]() |
Puncak Alam |
![]() |
Merasmikan Penubuhan Maahad |
![]() |
![]() |
Organisasi MTAHWE |
Matlamat
dan tujuan utama maahad tahfiz ini didirikan yang pertamanya bagi melahirkan
generasi yang mencintai kalam ilahi (Al-Quran), menghafaz, memahami
dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain.
Kedua,melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah nabi dan beramal
dengannya.Ketiga,melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana
anak–anak kasih dan hormat kepada kedua ibu bapa mereka.
Keempat,melahirkan generasi islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan
dan berakhlak mulia. Kelima,melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil
di bawah naungan Al–Quran dan Al – Sunnah. Keenam, melahirkan para hufaz
(hafiz) dan ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras
dengan keperluan ummah dan negara. Ketujuh, mewujudkan pemeliharaan al-quran
sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isi kandungan
Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk dijadikan
sebagai panduan secara praktikal pada seluruh alam dan yang terakhir menyediakan
satu wadah pendidikan altanatif kepada masyarakat yg ingin mendalami bidang
tahfiz dan agama.
visi maahad kami ialah ingin
2. meramaikan al-hafiz dikalangan masyarakat islam.
3. meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan al-quran.
4. membentuk individu yang berakhlak berdasarkan al-quran.
5. membentuk organisasi pendidikan agama dan tahfiz yg mantap
yag mampu melahirkan pejuang agama yg cemerlang dunia dan akhirat.
misi maahad kami ialah ingin
1. membina penempatan
belajar yang baik supaya pelajar dapat belajar dengan selesa .
2. menyusun sistem
pengajian berasaskan agama yang menitik beratkan hafazan al quran dan
fardhu ain disamping ilmu fardhu kifayah yang tidak dilupakan .
3.
mengatur suasana
sekeliling yang damai dan harmoni agar pelajar dapat memberi fokus kepada
hafazan dan pengajian .
4.
membimbing dan
mengembangkan bakat dan prestasi pelajar agar dapat menghasilkan pelajar yang
berqualiti dan berprestasi.
![]() |
Menaik Taraf Bangunan 1 |
cara pengambilan pelajar di maahad ini adalah pengkhususannya kepada pelajar
lelaki dalam lingkungan peringkat umur di antara 10 tahun ke atas yang
merupakan mujahidin pada masa akan datang.
Tempoh masa pengajian bermula sesi pembelajaran bermula seawal pukul 4.30 pagi dan selesai pada pukul 10.30 malam pada setiap hari kecuali hari ahad. jangka waktu ini memberi peluang kepada pelajar untuk hidup lebih berdikari serta mengikut sunnah rasulullah saw. .
Seterusnya, pelajar baru akan dibekalkan antaranya Katil, Locker, Rehal
kayu, Buku catatan, Kitab dan alatan tulis pada hari pendaftaran. Kami juga
telah menyediakan kemudahan asas yang sedia ada seperti musolla , bilik asrama
, bilik pembelajaran, dewan makan terbuka, dapur , rumah guru , padang permainan
dan lain-lain. Antara infrastruktur ialah alat penghawa dingin yang dilekapkan
di setiap premis-premisnya seperti surau, rumah penginapan tenaga pengajar dan
lain² .
Tempoh masa pengajian bermula sesi pembelajaran bermula seawal pukul 4.30 pagi dan selesai pada pukul 10.30 malam pada setiap hari kecuali hari ahad. jangka waktu ini memberi peluang kepada pelajar untuk hidup lebih berdikari serta mengikut sunnah rasulullah saw. .
![]() |
Menaik Taraf Bangunan 2 |
Penambahan
premis yang dalam pembinaan seperti bilik guru , bilik air dan tandas
tambahan , dapur , dewan makan , bengkel kemahiran Atas jasa dan
sumbangan dari orang ramai pejalanan membangun dan memperluaskan maahad
berjalan dengan baik dan memberikan suasana yang kondusif kepada pelajar.
Maahad ini mempunyai infrastruktur yang lengkap dengan
kondisi yang tenang bagi
memudahkan pelajar-pelajar ini belajar dan menghafaz dengan cara lebih
mudah.Kami juga cuba membuat perancangan pembinaan baru seperti perpustakaan
dan pusat sumber,tambahan rumah guru dan asrama pelajar,tandas dan bilik
air,tembok dan pagar sekolah bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar
![]() |
Menaik Taraf Bangunan 4 |
Kesimpulannya, Al-Quran adalah panduan bagi masyarakat Islam dan merupakan
sumber rujukan berbagai-bagai kemusykilan dari hal-hal yang bersangkutan dengan
kehidupan duniawi dan ukhrawi.
kandungan al-quran yang meliputi pelbagai pengajaran hidup dan sumber ilmu pengetahuan dapat mendidik dan membimbing masyarakat islam ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. sehubungan dengan itu, maahad tahfiz al-hidayah wal ehsan telah menetapkan matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni bersesuaian dengan tuntutan al-quran kepada pelajar bermula dari peringkat umur kanak-kanak lagi. bagi memenuhi tujuan tersebut , maahad tahfiz al-hidayah wal ehsan sangat memerlukan bantuan dari semua pihak sama ada material atau pun buah fikiran dalam menjayakan cita-cita murni ini. Kami berdoa dan berharap semoga Mahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan akan menjadi satu alternatif kepada ibu bapa dalam menyediakan asas-asas pendidikan islam kepada anak-anak mereka. segala perhatian dan bantuan hanya allah yang dapat membalasnya dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

semoga
usaha kecil kita ini dalam memartabatkan al quran mendapat ganjaran yg besar
daripada Allah ,
terima
kasih kerana membantu kami bersama meninggikan agama Allah (Islam) dan
berusaha berpenat lelah untuk mencari modal untuk berjihad ke jalan-Nya
memperluaskan Ilmu menghafaz Al-Quran Al-Kareem