Thursday, 28 December 2017

         Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan merupakan sekolah berasrama diasaskan oleh Ustaz Ishak Bin Abdul Rahim dan sahabat - sahabat beliau yang mempunyai kemahiran dalam memberi semangat dan bijak memberi dorongan motivasi kepada para pelajar dan ibubapa serta mampu melahirkan modal insan yang unggul dan berwawasan.perkembangan mula beroperasi tahun 2010 dan telah mendapat pengiktirafan berdaftar dibawah jabatan jais.Maahad ini telah mula beroperasi di taman alam jaya, puncak alam.
Puncak Alam
 Permulaannya bermula secara kecil-kecilan dengan sekelompok kumpulan pelajar yang kecil lebih kurang 30 hingga 40 pelajar dan berpindah ke bangunan baru di Kapar Klang pada 5 Januari 2014. Beroperasi selama empat tahun dengan kebenaran pendaftaran sementara sewaktu di puncak alam. Nama maahad ini diberi oleh  AL HABIB MUHAMMAD BIN SOLEH AL ATHAS, MURSHID RIBAT AL FATAH di Huraidhoh Yaman.
Merasmikan Penubuhan Maahad 

Organisasi MTAHWE
            Kewangan maahad tahfiz ini bergantung  kepada sumbangan serta infak dari individu atau organisasi yang yang mahu memberikan sumbangan seikhlasnya. Dengan usaha gigih maahad, individu dan ibubapa ini tahfiz ini dapat berkembang dan dimajukan secara pesat. Maahad ini mempunyai seramai 14 orang guru, 2 orang kakitangan dan 133 orang pelajar.Jumlah  pelajar  Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan pada  2017  ialah 133  pelajar. Status  tanah  persendirian  dan  tanah  pertanian mempunyai keluasan tanah sebesar 1 ekar.


         Matlamat dan tujuan utama maahad tahfiz ini didirikan yang pertamanya bagi melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi (Al-Quran), menghafaz, memahami dan   mengamalkannya serta  menyebarkannya kepada orang lain. Kedua,melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah nabi dan beramal dengannya.Ketiga,melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormat kepada kedua ibu  bapa mereka. Keempat,melahirkan generasi islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berakhlak  mulia. Kelima,melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan Al – Sunnah. Keenam, melahirkan para hufaz (hafiz) dan ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf  selaras dengan keperluan ummah dan negara. Ketujuh, mewujudkan pemeliharaan al-quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan  isi kandungan Al-Quran pada jasad individu muslim sebagai Al-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai  panduan secara praktikal pada seluruh alam dan yang terakhir menyediakan satu wadah pendidikan altanatif kepada masyarakat yg ingin mendalami bidang tahfiz dan agama.

          visi maahad kami ialah ingin
1.     melahirkan generasi al-quran yang berwawasan dan cintakan  al-quran.
2.     meramaikan al-hafiz dikalangan masyarakat islam.
3.     meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan al-quran.
4.     membentuk individu yang berakhlak berdasarkan al-quran.
5.     membentuk organisasi pendidikan agama dan  tahfiz yg mantap yag mampu melahirkan pejuang agama yg cemerlang dunia dan akhirat.

misi maahad kami ialah ingin
1.     membina penempatan belajar yang baik supaya pelajar dapat belajar dengan selesa.
2.     menyusun sistem pengajian berasaskan agama yang menitik beratkan hafazan al quran dan fardhu ain disamping ilmu fardhu kifayah yang  tidak dilupakan.
3.     mengatur suasana sekeliling yang damai dan harmoni agar pelajar dapat memberi fokus kepada hafazan dan pengajian.
4.     membimbing dan mengembangkan bakat dan prestasi pelajar agar dapat menghasilkan pelajar yang berqualiti dan berprestasi.

Menaik Taraf Bangunan 1
          cara pengambilan pelajar di maahad ini adalah pengkhususannya kepada pelajar lelaki dalam lingkungan peringkat umur di antara 10 tahun ke atas yang merupakan mujahidin pada masa akan datang.
Tempoh masa pengajian bermula sesi pembelajaran bermula seawal pukul 4.30 pagi dan selesai pada pukul 10.30 malam pada setiap hari  kecuali hari ahad. jangka waktu ini memberi peluang kepada pelajar untuk hidup lebih berdikari serta mengikut sunnah rasulullah saw. .


Menaik Taraf Bangunan 2
Seterusnya, pelajar baru akan dibekalkan antaranya Katil, Locker, Rehal kayu, Buku catatan, Kitab dan alatan tulis pada hari pendaftaran. Kami juga telah menyediakan kemudahan asas yang sedia ada seperti musolla , bilik asrama , bilik pembelajaran, dewan makan terbuka, dapur , rumah guru  , padang permainan dan lain-lain. Antara infrastruktur ialah alat penghawa dingin yang dilekapkan di setiap premis-premisnya seperti surau, rumah penginapan tenaga pengajar dan lain² .

Menaik Taraf Bangunan 3

        Penambahan premis yang dalam pembinaan seperti bilik guru , bilik air dan tandas tambahan  , dapur , dewan makan , bengkel kemahiran Atas jasa dan sumbangan dari orang ramai pejalanan membangun dan memperluaskan maahad berjalan dengan baik dan memberikan suasana yang kondusif kepada pelajar.

        Maahad ini mempunyai infrastruktur yang lengkap dengan
       
Menaik Taraf Bangunan 4
kondisi yang tenang bagi memudahkan pelajar-pelajar ini belajar dan menghafaz dengan cara lebih mudah.Kami juga cuba membuat perancangan pembinaan baru seperti perpustakaan dan pusat sumber,tambahan rumah guru dan asrama pelajar,tandas dan bilik air,tembok dan pagar sekolah bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar


           Kesimpulannya, Al-Quran adalah panduan bagi masyarakat Islam dan merupakan sumber rujukan berbagai-bagai kemusykilan dari hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan duniawi dan ukhrawi.
        
kandungan al-quran yang meliputi pelbagai pengajaran hidup dan sumber ilmu pengetahuan dapat  mendidik dan membimbing masyarakat islam ke arah kejayaan hidup  di dunia dan akhirat. sehubungan  dengan itu, maahad tahfiz al-hidayah wal ehsan telah menetapkan matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni bersesuaian dengan tuntutan al-quran kepada pelajar bermula dari peringkat umur kanak-kanak lagi. bagi memenuhi tujuan tersebut , maahad tahfiz al-hidayah wal ehsan sangat memerlukan bantuan dari semua pihak sama ada material atau pun buah fikiran dalam menjayakan cita-cita murni ini.  Kami berdoa dan berharap semoga Mahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan akan  menjadi satu alternatif kepada ibu bapa dalam menyediakan asas-asas pendidikan islam kepada anak-anak mereka. segala perhatian dan bantuan hanya allah yang dapat membalasnya dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


          semoga usaha kecil kita ini dalam memartabatkan al quran mendapat ganjaran yg besar daripada Allah ,

         terima kasih kerana membantu kami bersama  meninggikan agama Allah (Islam) dan berusaha berpenat lelah untuk mencari modal untuk berjihad ke jalan-Nya memperluaskan Ilmu menghafaz Al-Quran Al-Kareem